Objective 2

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1



CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1
Tarikh              :07 November 2012                                        Hari     : Rabu
Masa               : 7:45 a.m – 8:15 a.m                                      Kelas   : Tahun 1
Subjek             : Matematik
Bidang             : Sukatan dan Geometri
Tajuk               : Ruang
Sub Tajuk        : Bentuk 2 Dimensi
Standard Kandungan  : Murid dibimbing untuk mengenal pasti bentuk dua dimensi (2D)
Standard Pembelajaran          : Murid berupaya untuk:
(a)  menyusun bentuk 2D mengikut pola
ABM                : kad pola, potongan bentuk 2D, kad manila yang telah di potong, lembaran
                          kerja.
Pengisian Kurikulum:
i.              Ilmu – menyusun bentuk 2D mengikut pola yang betul
ii.             Nilai – berkerjasama              
iii.            Elemen Merentas Kurikulum
a)    Kreativiti dan Inovasi
Pengetahuan Sedia Ada         : Murid pernah melukis bentuk 2D dalam sesi pengajaran dan
  pembelajaran sebelum ini.


AKTIVITI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Fasa / Langkah
Isi Pelajaran/ Kandungan
Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan / Impak
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
-          Bulatan, segitiga, segiempat sama, segiempat tepat, sisi, bucu dan sisi melengkung.
1.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pelajaran yang lalu.
1.    Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
Pengetahuan sedia ada.
Persediaan
Pemerhatian
dan Analisis
(7 minit)
Soal jawab dengan murid:
i. Lihat dan sebutkan bentuk-bentuk yang telah ditunjukkan di papan hitam.
ii. Bagaimanakah bentuk-bentuk ini disusun?
iii. Apakah bentuk yang seterusnya.
a. Lakaran bentuk-bentuk 2D mengikut susunan di papan hitam.
b.  Sesi soal-jawab dengan murid-murid diadakan.
c.  Aktiviti ini diulang dengan menyusun bentuk 2D menggunakan pola yang berlainan.
1.     Murid membuat pemerhatian terhadap bentuk-bentuk yang telah ditunjukkan itu tadi.
2.    Murid menjawab soalan yang dikemukakan.
BBM: kad pola
Imaginasi
(5 minit)
Murid diminta membina pola mereka sendiri .
a. Kemahiran murid diperkukuhkan lagi dengan melakukan aktiviti seperti contoh di bawah ini:
b. Beberapa set lakaran bentuk-bentuk 2D disediakan.
c. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
d. Beberapa set lakaran bentuk-bentuk 2D diedarkan pada setiap kumpulan.
e. Murid diminta membentuk-bentuk 2D berikut mengikut pola mereka sendiri.
1.    Murid membentuk kumpulan seperti yang diarahkan.
2.    Murid membentuk pola mereka sendiri secara perbincangan berkumpulan.
BBM: kad bentuk 2D, kad manila yang dipotong panjang.
Nilai Murni:
Berkerjasama
EMK:
Kreativiti dan Inovasi
Perkembangan
(6 minit)
Penambahbaikkan dan Menilai
Perbincangan hasil kerja yang telah dilakukan.
Wakil kumpulan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas
1.    Murid membentang hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan kelas.
Kemahiran mengenal pasti bentuk 2D dan pola bentuk dikenal pasti.
Tindakan
(7 minit)
Murid diminta untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
a. Lembaran kerja diedarkan  kepada setiap murid.
b. Bincangkan hasil kerja murid.
1. Murid menjawab soalan yang diberikan.
2. Perbincangan jawapan bersama guru.
BBM:
Lembaran kerja
Pentaksiran
Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja.
Murid perlu betul kesemua soalan yang diberi sebelum bergerak ke kemahiran berikutnya.




LATIHAN & PRAKTIKAL













































No comments:

Post a Comment