ZON AKTIVITI :
Jom Buat Origami!!
Hari
ini adik-adik boleh mencuba untuk buat origami bunga tulip yang sangat
cantik..
Origami
ni sangat senang.Cikgu yakin adik-adik boleh membuatnya..
Origami
bunga tulip
Cara-caranya:
a) Lipat
kertas ke atas secara diagonal sehingga membentuk segi tiga
b) Lipat kembali kertas menjadi bentuk yang
lebih kecil,tekan lipatannya.
c) Buka lipatan sehingga terlihat garis
lipatannya
d) Ambil
hujung kanan bawah segitiga,lipat ke arah atas ,lakukan juga pada hujung
sebelah lagi.
e) Ambil
hujung kanan,lipat sedikit ke bahagian dalam,lakukan juga pada hujung
kiri.
f) Jadilah
origami bunga tulip
g) Kombinasikan
bunga tulip dengan batang untuk menjadikannya lebih menarik.
Origami Batang Bunga
Cara-cara:
a) Lipat
kertas ke atas secara diagonal membentuk segi tiga.
b) Buka lipatan segitiga sehingga terlihat garis bekas lipatan
c) Ambil hujung kanan kertas,lipat ketengah tepat pada garis bekas lipatan
segitiga.begitu juga pada hujung kiri.
d) Ambil hujung kanan, lipat lagi ketengah.begitu juga pada hujung
kiri.
e) Sekali
lagi,ambil hujung kanan lipat kea rah tengah, lakukan juga
pada hujung kiri.
f) Perkirakan garis tengah,lalu bawa
hujung bawah ke atas. Tekan pada lipatan.
g) Tekuk origami ketengah,ambil salah satu batang dan tarik ke depan.
h) Satukan
dengan origami bunga tulip.
Selamat
mencuba !!!
Nampak macam senang, boleh la dicuba. Thanks for sharing.
ReplyDeleteSangat menarik.Bagus untuk kecergasan minda kita.
ReplyDeletesangat teratur...boleh cuba niw...
ReplyDeleteya..mmg sgt mudah dan menenangkan minda. selain boleh digunakan sebagai pengenalan tambahan kepada bentuk 3 Dimensi, aktiviti ini juga boleh digunakan dalam pendidikan seni dan aktiviti selepas UPSR
ReplyDelete