Thursday, 22 November 2012

Bentuk 3 dimensi



ASSALAMUALAIKUM ADIK-ADIK...
Hari ini cikgu akan ajar satu tajuk yang sangat menarik iaitu bentuk 3 Dimensi. Sebelum kita belajar lebih lanjut, apa kata kalau kita berkenalan dulu dengan definisi bentuk 3D dan jenis-jenis bentuk 3D ini.

Apa itu Bentuk Tiga Dimensi (3D) ?


DEFINISI DAN CIRI-CIRI:
Bentuk 3D ialah bentuk yang mengandungi 3 dimensi iaitu panjang,lebar dan kedalaman. Ia mempunyai permukaan sama ada rata atau melengkung.
Bentuk-bentuk ini keras dan kosong di bahagian tengah.

JENIS-JENIS BENTUK 3D :
Baiklah, setelah kita mengetahui definisi bentuk 3D, sekarang kita berkenalan pula dengan jenis-jenis bentuk 3D. Antaranya ialah:
1) Kubus
2) Kuboid
3) Silinder
4) Piramid
5) Kon
6) Sfera

Perhatikan gambar yang cikgu sediakan untuk memudahkan adik-adik faham.






   KUBUS




  • 6 permukaan rata yang bersegi empat sama.



KUBOID


 
  • 6 permukaan berbentuk segi empat tepat.



SILINDER
  • Mempunyai 2 permukaan bulat dibahagian atas dan bawah. 


PIRAMID


 
•Tapak berbentuk poligon.
•Mempunyai permukaan berbentuk segitiga dan      bertemu pada satu puncak.


              
KON


  • ·       Tegak membulat dalam bentuk piramid tegak.
  • ·       Tapaknya merupakan bulatan
  • ·       Mempunyai satu permukaan condong yang  melengkung
 
SFERA



  • Pepejal yang semua titik pada permukaannya adalah sama jarak dari suatu titik tetap.



Ha..macam mana? Dapat ingat tak enam bentuk 3 Dimensi tadi?