Tuesday 4 December 2012

Jom Buat Origami!!

ZON AKTIVITI :


 Jom Buat Origami!!

 Hari ini adik-adik boleh mencuba untuk buat  origami bunga tulip yang sangat cantik..
 Origami ni sangat senang.Cikgu yakin adik-adik boleh membuatnya..

         Origami bunga tulip

    Cara-caranya:


a) Lipat kertas ke atas secara diagonal sehingga membentuk segi tiga


b) Lipat kembali kertas menjadi bentuk yang lebih kecil,tekan lipatannya.


c) Buka lipatan sehingga terlihat garis lipatannya


d) Ambil hujung kanan bawah segitiga,lipat ke arah atas ,lakukan juga pada hujung sebelah lagi.

e) Ambil hujung kanan,lipat sedikit ke bahagian dalam,lakukan juga pada hujung kiri.

f) Jadilah origami bunga tulip


g) Kombinasikan bunga tulip dengan batang untuk menjadikannya lebih menarik. 
        

     Origami Batang Bunga
       
       Cara-cara:

a) Lipat kertas ke atas secara diagonal membentuk segi tiga.

b) Buka lipatan segitiga sehingga terlihat garis bekas lipatan

c) Ambil hujung kanan kertas,lipat ketengah tepat pada garis bekas lipatan      segitiga.begitu juga pada hujung kiri.

d) Ambil hujung kanan, lipat lagi ketengah.begitu juga pada hujung kiri.

e) Sekali lagi,ambil hujung kanan lipat kea rah tengah, lakukan juga pada         hujung kiri.

f) Perkirakan garis tengah,lalu bawa hujung bawah ke atas. Tekan pada lipatan.

g) Tekuk origami ketengah,ambil salah satu batang dan tarik ke depan.

h) Satukan dengan origami bunga tulip.

Selamat mencuba !!!

Latihan menguji kefahaman adik-adik

Cuba latihan yang cikgu sertakan di bawah untuk menguji kefahaman adik-adik…